Tuesday 21 November 2017

MRT 2 : Ketahui Lokasi Stesen MRT 2 Berhampiran Anda



Alhamdulillah... MRT Sungai Buloh Kajang dah pun siap dan beroperasi sepenuhnya. Pada awalnya MRT ni cuba nak menghubungkan Damansara ke Cheras sahaja namun telah pun dipanjangkan dari KTM Sg Buloh ke KTM Kajang.



Sekarang ni MRT2 dalam proses pembinaan... tapi korang tahu tak kat mana stesen MRT2 ni? MRT2 ni menghubungkan Sg Buloh di utara ke Putrajaya di selatan melalui kawasan Serdang. Secara asasnya, MRT2 ni ada 3 bahagian iaitu bahagian utara, tengah dan selatan.

Bahagian utara ni bermula dari stesen Sg Buloh ke Jalan Ipoh di KL. Laluan ini termasuklah Damansara Damai, Sri Damansara, Kepong dan Jinjang. Stesen-stesen MRT2 di bahagian utara ialah:-

- Stesen Damansara Damai
- Stesen Sri Damansara Timur
- Stesen Kepong Sentral
- Stesen Metro Prima
- Stesen Kepong Baru
- Stesen Jinjang
- Stesen Sri Delima
- Stesen Kg Batu
- Stesen Kentomen
- Stesen Jalan Ipoh

Bahagian tengah laluan MRT2 ini ialah laluan bawah tanah. Seperti biasa... laluan bawah tanah ni lah yang makan masa untuk disiapkan kerana agak rumit berbanding dengan laluan atas tanah. Stesen-stesen di bahagian tengah ini ialah :-

- Stesen Sentul Barat
- Stesen Titiwangsa
- Stesen Hospital Kuala Lumpur
- Stesen Kg Baru Utara
- Stesen Ampang Park
- Stesen KLCC Timur
- Stesen Conlay
- Stesen Tun Razak Exchange (TRX)
- Stesen Chan Sow Lin
- Stesen Bandar Malaysia Utara

Bahagian selatan laluan MRT2 pula bermula dari Kuchai Lama sehinggalah ke Putrajaya. Ini merangkumi kawasan Seri Kembangan dan juga Cyberjaya :-

- Stesen Kuchai Lama
- Stesen Taman Naga Emas
- Stesen Sg Besi
- Stesen Technology Park (Provisional)
- Stesen Serdang Raya Utara
- Stesen Serdang Raya Selatan
- Stesen Taman Universiti (Provisional)
- Stesen 16 Sierra
- Stesen Cyberjaya Utara
- Stesen Pusat Bandar Cyberjaya

Bila dah tengok senarai stesen MRT2... kita dah boleh agak kawasan mana yang akan sesak akibat daripada pembinaan. Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, mungkin proses pembinaan dah selesai dan kita dapat menikmati kemudahan MRT2 ni.


Nilai hartanah pun sudah pasti akan meningkat kerana kemudahan pengangkutan MRT2 ini. Pemilik hartanah sudah pasti akan mengambil peluang ini untuk menjual hartanah mereka yang berhampiran dengan stesen MRT2 ini sebelum tarikh pembinaan selesai.

Ingin jual hartanah anda? Klik sini...

Para pelabur hartanah juga sedang giat mencari-cari hartanah berhampiran dengan stesen MRT2 ini untuk dibeli sebelum siap sepenuhnya pembinaan MRT2 ini.

Ingin membeli hartanah? Klik sini...
www.wasap.my/60124016683

Oh ye... korang tau tak belum pun MRT2 ni siap dibina... MRT3 pun dah ada dalam perancangan... dengar kata laluannya dalam bentuk bulatan dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur. Antara kawasan terlibat dengan MRT3 ni ialah Ampang Jaya, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Mont Kiara dan Sentul.... Nak tahu lebih lanjut? Nantikan ye....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi Artikel Menarik...

Hartanah SEPANG : Banglo 2 Tingkat, Kota Warisan Sepang

2STY BUNGALOW WITH SWIMMING POOL KOTA WARISAN SEPANG NEGOTIABLE FOR SERIOUS BUYER ONLY . LISTING FOR SALE . . Kota Warisa...